Covid-19: India catat 38,949 kes, 542 kematian dalam tempoh 24 jam

Iklan
Sejak Khamis pagi, 542 kematian dilaporkan.- Foto AP

NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India mencecah 31,026,829 pada Jumaat selepas 38,949 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menurut data terkini Kementerian Kesihatan Persekutuan negara itu.

Sejak Khamis pagi, 542 kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 412,531, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Masih terdapat 4,30,422 kes aktif di negara ini, menurun sebanyak 1,619 kes.

Sejumlah 30,183,876 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. - Bernama

Iklan
Iklan