Sedia kewangan cukup untuk isi rumah

Iklan
Shahril Hamdan

SHAH ALAM - Kerajaan perlu berani menyediakan kewangan yang mencukupi kepada isi rumah dan tidak takut kepada hutang atau penilaian agensi penarafan antarabangsa kerana ia tidak penting ketika ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau sudah memaklumkan mengenai kepentingan perkara itu sejak awal pandemik Covid-19 tetapi masih tiada dilaksanakan

Iklan
Iklan

"Dari awal pandemik saya cuba tekankan perkara ini tetapi masih tiada kemahuan kerana semua masih dalam kerangka takut hutang, takut tukar undang-undang, takut rating, takut inflasi.

"Contoh RM1,000 setiap bulan untuk tempoh tiga bulan buat semua B40 dan M40. Tiada risiko besar inflasi disebabkan idea seperti ini.

Iklan

"Saya tiada kemahuan hendak berbahas teknikal pada saat ini tetapi secara ringkasnya, bukan dengan suntikan RM1,000 itu, tiba-tiba permintaan agregat akan melampaui batas dan membawa inflasi,” katanya dalam hantaran Facebooknya pada Rabu.

Tambah Shahril, kerajaan boleh membuat dasar yang lebih kekal dalam jangka masa sederhana seperti Skim Job Bank atau Jaminan Pekerjaan, Skim Pendapatan Wajar iaitu ada mekanisme automatik untuk kerajaan menambah pendapatan rakyat.

Iklan

"Boleh dah mula kajian buat perundangan mengehadkan nisbah gaji antara atas dan bawah. Ini antara idea dari #SambungYangTergendala. Tapi saya pun tahu, idea ini tidak selesai masalah sekarang.

"Tapi buat masa sekarang, bagi rakyat duit. Disebabkan tidak cukup duit, rakyat minta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun ambil duit persaraan sendiri dan mendesak moratorium,” ujarnya.

Kata Shahril, kerajaan memberi moratorium atau i-Citra disebabkan tidak mahu berbelanja secukupnya kepada rakyat.

"Rakyat sedang susah. Ada yang murung, ada bunuh diri. Syarikat dan perusahaan sedang tutup atau nyawa-nyawa ikan. Tidak ada pengambilan pekerja besar-besaran. Tidak ada keyakinan untuk syarikat buat pelaburan. Bukalah hati. Beri rakyat duit,” katanya.