Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
187265
RINGGIT mencatatkan prestasi berbeza daripada kenaikan semalam untuk diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kebanyakan mata wang negara pesat membangun, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0700/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0700 ketika ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Peniaga berkata, wujud tumpuan baharu dalam kalangan pelabur selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan beliau akan menangguhkan pelan kenaikan tarif ke atas import barangan China, sekali gus menunjukkan perkembangan ketara rundingan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.
Sementara itu, unit tempatan kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali yen.
Iklan
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3419/3462 daripada 5.3170/3240 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6650/6687 daripada 3.6721/6769.
Mata wang tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0157/0182 daripada 3.0113/0155 serta rendah berbanding euro kepada 4.6235/6273 daripada 4.6130/6203. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>