231 bayi di Terengganu tidak disuntik vaksin sepanjang 2018
Iklan
Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Sejumlah 231 bayi di Terengganu dikesan tidak menerima suntikan vaksin ekoran tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata jumlah itu mencatat sedikit peningkatan berbanding 191 bayi tidak disuntik vaksin pada tahun 2017.
Iklan
Iklan
"Daripada 231 bayi itu, 228 adalah berbangsa Melayu dan kebanyakan ibu yang menolak suntikan vaksin ini ialah suri rumah iaitu seramai 158 orang.
Jumlah ini dikesan kerana mereka hadir ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat pemeriksaan biasa seperti menimbang berat bayi, mengukur ketinggian atau perkembangan semasa bayi, malangnya mereka menolak untuk bayi disuntik vaksin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Kesedaran Kanser peringkat negeri di sini hari ini.
Iklan
Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai bayi yang tidak menerima suntikan vaksin di Terengganu kerana data yang diperoleh hanya daripada ibu bapa yang datang ke klinik kesihatan milik kerajaan sahaja.
Dr Mohd berkata walaupun jumlah ibu bapa yang menolak vaksin itu sangat kecil berbanding kelahiran purata 25,000 bayi setiap tahun di Terengganu, jabatan tetap memandang serius perkara itu.
Iklan
"Kebanyakan ibu bapa menolak vaksin kerana tidak yakin dengan status halal dan keselamatan vaksin sedangkan perkara itu sudah dijelaskan Kementerian Kesihatan bahawa vaksin yang digunakan adalah halal dan selamat," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mohd berkata 3,645 penduduk Terengganu disahkan mengidap kanser dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2011.
"Tiga jenis kanser utama dalam kalangan lelaki di Terengganu adalah kanser paru-paru (18.8 peratus) diikuti kanser usus (13.6 peratus) dan kanser hati (9.4 peratus) manakala bagi wanita pula, kanser payudara adalah kanser tertinggi direkodkan iaitu 27 peratus diikuti kanser usus besar (8.9 peratus) dan kanser ovari (8.8 peratus).
Jabatan menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuat saringan di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta kerana saringan awal mampu mencegah penyakit kanser," katanya. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal