Pengurus syarikat direman bantu siasatan kes salah guna kuasa

Iklan
Seorang pengarah sebuah syarikat perunding direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan syarikat AKSB.Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang pengarah sebuah syarikat perunding direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

Perintah reman ke atas lelaki berusia 55 tahun itu, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faezah Abdullah, di Mahkamah Majistret 4 Kota Bharu pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, syarikat milik lelaki tersebut mendapat kerja-kerja projek bekalan air daripada AKSB.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya ringkas ketika dihubungi, di sini hari ini.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB direman tiga hari bermula Jumaat lalu, bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta

Iklan

Siasatan SPRM tidak jejaskan pengurusan AKSB: Ahmad