MAFI sumbang 400 bakul makanan

Iklan
Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Sah yang mewakili nelayan dari daerah Jasin.

MELAKA - Kementerian Pertanian dan Industi Makanan (MAFI) telah menyampaikan sumbangan 400 bakul makanan MAFI Prihatin kepada 400 penerima yang terdiri daripada pelajar dan nelayan dari daerah Jasin pada Ahad.

Timbalan Menteri MAFI 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, seramai 300 nelayan dan 100 pelajar Politeknik Merlimau telah menerima bakul makanan itu yang mempunyai barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, susu dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Penyampaian sumbangan bakul makanan MAFI Prihatin kepada pelajar dan nelayan telah diadakan di dua lokasi yang berasingan iaitu di Politeknik Merlimau dan Medan Ikan Bakar Serkam Pantai Merlimau, Melaka yang diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) daerah Jasin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Norhakim yang mewakili pelajar Politeknik Merlimau, Melaka.

Ahmad berkata, selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh MAFI kepada LPP diteruskan dengan penyampaian sumbangan MAFI Prihatin bagi meringankan beban kepada mereka yang memerlukan demi kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19.

Iklan

Sumbangan keperluan makanan asas tersebut diserahkan melalui LPP negeri Melaka kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau, Norhakim Ali yang mewakili pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Serkam Pantai, Mohd Sah Hashim mewakili nelayan menerima sumbangan berkenaan di Medan Ikan Bakar Serkam Pantai, Merlimau, Melaka.

Iklan

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Norlizah Muhamad; Pengarah Politeknik Merlimau, Mohd Hatta Zainal; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Melaka, Rosli Mustapa dan Pengarah LPP negeri Melaka, Ahmad Fuad Zakaria.