KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) percaya bahawa kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin bagi membendung Covid-19, namun masih perlu memberi fokus terhadap aspek pengurusan pandemik itu.
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, usaha mengekalkan kestabilan politik juga kritikal ketika krisis kerana sebarang ketidaktentuan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak dan boleh menjejaskan kemajuan negara dalam menangani pandemik tersebut.