Kerajaan PN tidak tergugat sama sekali
Iklan
Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM - Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih tidak tergugat walaupun UMNO telah menarik sokongan terhadap beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, tindakan itu tidak semestinya membuatkan Muhyiddin secara automatik hilang sokongan majoriti di Parlimen.
Iklan
Iklan
"Kehilangan majoriti itu perlu dibuktikan secara jelas sama ada melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau pembentangan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa majoriti ahli Parlimen tidak lagi menyokong Muhyiddin.
"Ia selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut jika perdana menteri hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka beliau perlu letak jawatan dalam kabinet atau perlu menasihatkan Seri Paduka untuk membubarkan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PN belum runtuh, sokongan 32 MP BN tidak berganjak
Beliau menegaskan, bukti kukuh kehilangan majoriti itu perlu dikemukakan mengikut lunas yang betul.
Iklan
"Perlu dibentangkan usul undi tidak percaya di Parlimen kerana dari situ, kita dapat lihat angka tepat berapa ramai ahli Parlimen UMNO dan pembangkang yang menyokong serta berapa ramai yang menentang,” katanya.
Muka hadapan Sinar Harian
Ujarnya, jika usul undi tidak percaya dibentangkan di Dewan Rakyat, maka perlu ada satu kumpulan ahli Parlimen menghadap Seri Paduka dan membuktikan mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin.
"Jika itu berlaku, dengan sendirinya Seri Paduka memanggil Perdana Menteri dan menunjukkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
"Seri Paduka akan meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Mungkin Perdana Menteri menasihatkan Seri Paduka membubarkan Parlimen.
"Namun dalam keadaan pandemik, saya yakin Al-Sultan Abdullah tidak akan bubarkan Parlimen,” katanya.
Jelasnya, Seri Paduka berkemungkinan mempunyai calon pengganti Muhyiddin yang akan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
"Namun, jika tiada calon, mungkin Seri Paduka akan lantik seorang perdana menteri interim,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa
Rakyat kelaparan, pemimpin politik sibuk 'bertumbuk'
‘Tak semudah itu lepas jawatan’
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.