SUNGAI BULOH - Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah bas di Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Paya Jaras itu menyebabkan penunggang Mohamad Jeffry Mohd Saundi, 36, dan Mohd Noor Azmanizam Mashusin, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.