LBS sokong program vaksinasi

Iklan
Lim Hock San

SHAH ALAM - Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah melancarkan kempen pemasaran terbaharu, Vacci-Nation Bonanza yang memberikan peluang kepada pembeli menikmati faedah tambahan sekiranya sudah divaksinasi.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, di bawah kempen Vacci-Nation Bonanza, pembeli kediaman LBS yang mengambil bahagian berpeluang untuk menikmati insentif tunai sebanyak RM565,000.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kempen itu dilancarkan bertujuan untuk menyokong mempertingkatkan kadar vaksinasi negara di samping membantu kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok.

"LBS juga akan memberikan insentif tunai tambahan sehingga RM282,000 bagi pembeli rumah yang telah mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 atau mereka yang divaksinasi.

Iklan

"LBS kekal komited untuk menyokong agenda perumahan kerajaan dengan melancarkan Vacci-Nation Bonanza, yang membolehkan pembeli rumah menikmati penjimatan besar ketika mereka membeli hartanah di projek perumahan LBS yang terpilih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Beliau berkata, LBS menawarkan lapan tawaran hebat di bawah Vacci-Nation Bonanza termasuklah hadiah menarik Kempen Pemilikan Rumah (HOC), yuran guaman percuma, cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21 dan yuran tempahan rendah.

Iklan

"LBS juga menawarkan ganjaran kesetiaan, skim bayaran fleksibel, bayaran keluar sifar dan pakej perabot rumah.

"Sebagai sebahagian daripada kempen Vacci-Nation Bonanza, LBS juga memanjangkan tempoh Cabutan Bertuah LBS Fabulous 20-21, agar semua pembeli hartanah LBS yang mengambil bahagian, turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1,000,000 seperti Proton X50, Komputer riba dan Tablet,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kempen Bonanza ini bermula 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Hock San berkata, sempena ketibaan bulan patriotik Hari Kemerdekaan serta sambutan Hari Malaysia, LBS berharap insentif tunai itu dapat membantu mempromosikan pemilikan rumah di samping mempromosikan kepentingan vaksin di kalangan masyarakat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Vacci-Nation Bonanza, dapatkan maklumat terkini di https://virtualfair.lbs.com.my/, lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.