KEPALA BATAS - Satu laporan polis dibuat berhubung video tular yang mencemarkan imej polis selepas ia disunting dan dikaitkan dengan isu politik serta kegagalan kerajaan dalam menguruskan pandemik Covid-19.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, video berdurasi dua minit 12 saat itu memaparkan rakaman sidang media yang dibuat olehnya pada 2 Jun lalu berkaitan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sungai Dua di sini.