SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengenepikan soal politik dan memberikan fokus kepada kebajikan rakyat.
Beliau berkata, Muhyiddin boleh meminta pertolongan daripada mana-mana pemimpin lain untuk mengemukakan pandangan atau cadangan mengenai usaha untuk membantu rakyat yang tersepit berikutan pandemik Covid-19.