Legenda Bollywood Dilip Kumar meninggal dunia

Iklan
Gambar fail Dilip Kumar. - Foto Reuters

NEW DELHI - Seorang legenda Bollywood yang popular dari tahun 1940-an hingga 1960-an, Dilip Kumar meninggal dunia pada Rabu ketika berumur 98 tahun, kata seorang rakan kepada keluarganya.

Rakan itu, Faisal Farooqui mengumumkan kematiannya melalui akaun Twitter aktor tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut seorang doktor di hospital Hinduja seperti dilaporkan portal berita Indian Express, tekanan darah Kumar dan hemoglobinnya turun sebelum beliau meninggal dunia.

Bermula sebagai penjual buah-buahan, keluarganya tidak bersetuju dengan Kumar yang mahu menjadi aktor Bollywood.

Iklan

Beliau yang mempunyai nama jolokan iaitu 'Raja Tragedi' memiliki wajah yang segak dan pernah berlakon hampir 60 buah filem dan menceburi industri lakonan lebih 50 tahun di India.

Namun, Kumar pernah menolak tawaran untuk berlakon watak Sherif Ali dalam filem Lawrence of Arabia pada tahun 1960-an.

Iklan

Watak itu kemudian dilakonkan oleh pelakon dari Mesir, Omar Sharif.

Beliau disenaraikan dalam Guinness World Records kerana memenangi banyak anugerah lakonan.

Menurut portal berita Indian Express, nama asal Kumar ialah Yusuf Khan dan beliau

merupakan anak pasangan Ayesha Begum dan Sarwar Khan serta dilahirkan di Pakistan.

Antara filem lakonannya ialah Devdas, Mughal-e-Azam, Gunga Jamuna dan Ram Aur Syam. - Agensi