Keldai Palestin pula 'ditahan'

Iklan
Gambar memaparkan kejadian 'penahanan' keldai itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto: Agensi

BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis 'menahan' seekor keldai yang didakwa kononnya digunakan untuk menyerang penduduk Israel ketika kejadian melucukan di kawasan kejiranan Jabal Mukaber di Baitulmaqdis.

Gambar memaparkan insiden itu turut menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi.

Iklan
Iklan

"Penganiayaan dan penahanan haiwan adalah bukti sikap menjengkelkan rejim Israel," sindir seorang pengguna media sosial.

Bulan lalu, sebuah unit tentera Israel turut menyerbu sebuah rumah penduduk Palestin di bandar Silwan semata-mata untuk merampas penyapu.

Iklan

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama tentera rejim Zionis 'menahan' keldai.

Pada 2017, pasukan keselamatan rejim Tel Aviv melancarkan beberapa kempen untuk 'menahan' dan merampas haiwan itu dan spesies lain yang dimiliki penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Iklan

Pada tahun sama, seekor keldai 'ditahan' atas alasan 'tidak memiliki status sah' telah mengundang kecaman banyak pihak.

Keldai merupakan pengangkutan utama untuk golongan petani Palestin di kawasan luar bandar seperti pinggir Baitulaham.

Petani Palestin mendakwa pihak berkuasa Israel bertindak merampas keldai peliharaan mereka kononnya kerana ia tidak didaftarkan secara sah atau menghampiri koloni Israel hingga mengancam keselamatan komuniti tersebut. - Agensi