KUCHING - Polis menahan dua lagi individu yang disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan kepada 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja pada 11 Disember lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kedua-dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berumur 35 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada 5 petang semalam.