Peralihan fasa dua bukan tiket untuk rakyat bebas
Iklan
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Iqromah (kiri) di Kampung Kutan Tengah, Tumpat pada Ahad.
TUMPAT - Kejayaan beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin bukan tiket untuk rakyat negeri ini bebas daripada melawan penularan Covid-19.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat seharusnya terus memberi komitmen yang utuh bagi memastikan keadaan kembali normal seperti biasa.
Iklan
Iklan
"Saya sangat berharap rakyat di negeri ini terus patuh dengan usaha melawan penularan Covid-19. Program Outreach Covid-19 diharap dapat dilaksanakan dengan lebih banyak bagi membolehkan lebih ramai penduduk mendapat suntikan vaksin,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau ditemui ketika mengadakan kunjungan ke rumah Iqromah Anuar, 50, di Kampung Kutan Tengah di sini yang dipecah masuk pencuri pada pagi Sabtu.
Iklan
Ahmad berkunjung ke rumah Iqromah bagi menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu tunggal berkenaan.
Hadir sama mengiringi ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.
Iklan
Kelantan antara lima negeri yang memenuhi tiga nilai ambang untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa Isnin.
Empat lagi negeri ialah Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis.
Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang mempergiatkan usaha menarik masyarakat supaya mengambil vaksin Covid-19 menerusi kerjasama Ketua Jajahan, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penghulu.
"Apabila kita peroleh bekalan vaksin yang dijangka pada minggu hadapan, kita harap lebih ramai penduduk akan mendapatkan suntikan ini nanti,” ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>