Menteri arah kawat dipasang di tangga dibuka serta- merta

Iklan
Ciapan Annuar di Twitter beliau pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengeluarkan arahan supaya kawat duri yang dipasang di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini dibuka.

Kenyataan Annuar dikongsikan menerusi ciapan di laman Twitter beliau pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Tidak dibenarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).

"Arahan buka serta-merta telah dikeluarkan...harap maklum," tulis beliau.

Iklan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memasang kawat duri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.- Foto FB Bernama.com
ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok

Pada Sabtu, polis menyatakan bahawa pemasangan kawat berduri dilaksanakan bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok rumah pangsa berkenaan.

Iklan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata, terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut disebarkan kerana penduduk merasa bimbang sekiranya berlaku kecemasan.

"Polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memasang kawat duri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.

"Pemasangan kawat duri tersebut dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri oleh pihak bomba," ujarnya.

Tambah beliau, terdapat laluan lain yang boleh digunakan penduduk blok tersebut untuk keluar sekiranya berlaku sebarang kecemasan.