Penagih dadah dicekup bersama 1,400 biji pil kuda
Iklan
Seorang penagih dadah dicekup bersama 1,400 biji pil kuda dalam serbuan di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas pada Khamis.
PASIR MAS - Seorang penagih dadah dicekup bersama 1,400 biji pil kuda dalam serbuan di Kampung Pasir Parit, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek berusia 39 tahun itu dicekup dalam serbuan pada jam 8.30 malam.
Iklan
Iklan
"Kita tahan suspek di hadapan rumahnya dan hasil pemeriksaan ke atas sebuah beg silang milik susupek telah membawa kepada penemuan pil kuda tersebut," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Menurutnya, saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Iklan
Beliau berkata, semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.
Mohd Nasaruddin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Iklan
Katanya, rampasan ini hasil serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Tok Uban bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>