Kondominium runtuh, mayat ke-11 ditemukan

Iklan
Angka kematian meningkat kepada 11 orang apabila satu lagi mayat ditemukan dari tapak runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida pada Isnin.

WASHINGTON - Angka kematian meningkat kepada 11 orang apabila satu lagi mayat ditemukan dari tapak runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida pada Isnin.

Datuk Bandar Miami-Dade, County Daniella Levine Cava berkata 150 mangsa masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Iklan
Iklan

Sebahagian bangunan kondominium Champlain Towers South, yang dibina pada 1981, runtuh kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan pada Khamis.

Bangunan 12 tingkat itu terletak kira-kira 9.6 kilometer di utara Pantai Miami. - Xinhua

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kondominium runtuh di AS, 99 orang dikhuatiri tertimbus

Iklan