Ketibaan Vaksin Covid-19

Iklan
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kawalan keselamatan semasa ketibaan kenderaan DHL Express yang membawa sebanyak 3,020 dos bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan laut feri kenderaan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan ketika tinjauan hari ini.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menyasarkan pemvaksinan lebih 60,000 penduduk Labuan pada pertengahan bulan Julai ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Labuan tidak perlu memasuki fasa kedua dan ketiga sebaliknya terus memasuki fasa ke-4, bagi menangani Varian Delta Covid-19 di pulau bebas cukai ini.

Iklan
Iklan

Setakat semalam, Labuan merekodkan lonjakan kes kepada 212 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 7,507.