Parlimen hibrid pendekatan paling wajar setakat ini

Iklan
Sivamurugan

SHAH ALAM - Pembukaan Parlimen secara hibrid merupakan pendekatan yang paling wajar untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan.

Penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Perdana Menteri boleh mengambil tindakan sewajarnya supaya sidang Parlimen boleh diawalkan.

Iklan
Iklan

"Ahli Parlimen sudah divaksin dan kita juga boleh melihat bagaimana Parlimen boleh diadakan secara hibrid. Itu juga sedang dipertimbangkan dan saya rasa itu merupakan pendekatan yang wajar diguna pakai.

"Banyak negara sudah mengamalkan secara hibrid. Ia diguna pakai untuk membolehkan sidang Parlimen berterusan tanpa ada pergantungan atau hentian fungsinya.

Iklan

"Barangkali yang berada di kawasan-kawasan yang mempunyai gangguan internet dan hubungan siber, mereka mungkin dibenarkan datang (ke Parlimen) secara fizikal,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-268 bertajuk 'UMNO dan PN Selepas 14 Hari: Apa Pula Selepas Ini' yang disiarkan secara maya di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis ialah Timbalan Pengerusi II Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Afif Bahardin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

Iklan
Sivamurugan Pandian

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, beliau merasakan bahawa menerusi hibrid dapat membantu mengatasi beberapa isu berkaitan rakyat.

Selain itu, katanya, pembukaan sidang Parlimen akan memberikan peluang kepada percambahan pemikiran, pertembungan idea, cadangan yang memungkinkan banyak pelan dan perancangan.

"Di sinilah tempat di mana ahli Parlimen bertanggungjawab ke atas rakyat secara keseluruhannya mampu memainkan peranan mereka.

"Pembukaan sidang Parlimen barangkali tidak akan menjamin kita mengatasi semua masalah. Tetapi sekurang-kurangnya ia akan meredakan suhu politik yang sedang mendidih.

"Jika ia boleh memanfaatkan rakyat, kenapa tidak Parlimen itu tidak dijadikan sebagai platform, landasan yang memungkinkan kita melihat perubahan untuk bergerak ke hadapan.

"Menyegerakan Parlimen sudah pasti berlandaskan pada apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak menyalahi mana-mana peraturan," ujar beliau.