SkyWorld terima dua Anugerah Khas APPA 2021
Iklan
SkyVouge Residences menerima salah satu anugerah APPA 2020-2021.
SHAH ALAM - SkyWorld Development Group (SkyWorld) menerima dua anugerah khas pada Anugerah Hartanah Asia Pasifik (APPA) 2020-2021 iaitu Anugerah Seni Bina Kediaman Bertingkat Tinggi untuk SkyVouge Residences dan Pameran Reka Bentuk Dalaman Kediaman untuk EdgeWood Residences.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, kedua-dua anugerah berkenaan amat bermakna kepada SkyWorld dan ia membuktikan komitmen syarikat dalam memberikan penawaran kediaman yang terbaik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, SkyVogue Residences @Taman Desa yang memenangi anugerah itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 1.34 hektar yang menawarkan 333 rumah mewah. Pelbagai susun atur dengan ukuran keluasan kediaman antara 1,085 hingga 2,650 kaki persegi dalam bangunan setinggi 45 tingkat.
"EdgeWood Residences pula mempunyai 960 unit kediaman yang berkeluasan antara 865 hingga 1,280 kaki persegi dengan kemudahan seperti resort,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, meskipun penularan Covid-19, SkyWorld telah mencatatkan jualan sebanyak RM1 bilion.
"Kami merancang untuk melangkah ke fasa yang lebih besar, pembeli akan melihat banyak pelancaran pembangunan baharu di lokasi yang popular di Lembah Klang seperti Cheras, Bukit Jalil, Jalan Klang Lama dan Taman Melawati,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>