PH Sarawak dakwa Pejabat Daerah enggan bantu pemohon BSH
Iklan
KUCHING - PH Sarawak mendakwa beberapa pejabat daerah di negeri itu enggan membantu rakyat dalam menguruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditawarkan oleh kerajaan pusat.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, antara pejabat daerah yang menolak membantu pendaftaran penduduk setempat ialah di Bau, Serian dan Simanggang.
Iklan
Iklan
Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa, bagaimanapun berpendapat bahawa pejabat daerah tersebut tidak bertindak bersendirian tetapi percaya mereka menerima arahan daripada kerajaan negeri.
"Pegawai daerah atau pejabat daerah adalah di bawah kerajaan negeri dan tiada siapa yang dapat memberi arahan melainkan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan PH negeri di sini, hari ini.
Iklan
Berikutan itu, katanya, parti komponen PH negeri tidak mempunyai pilihan tetapi membantu pendaftaran rakyat Sarawak yang layak untuk menerima program kebajikan itu.
"Kami akan meningkatkan usaha dan berusaha sebaik mungkin untuk mendekati rakyat dan menjadi jambatan antara rakyat negeri dan kerajaan persekutuan,”katanya.
Iklan
Chieng Jen, yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, oleh kerana gagal mendapat khidmat bantuan daripada pejabat daerah, masyarakat di Bau terpaksa datang ke pejabat khidmat Ahli Parlimen Mas Gading Gading, Mordi Bimol, untuk pendaftaran. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.