HARI ini genap 35 tahun mendiang Diego Maradona mengajar England bagaimana bermain bola sepak di Piala Dunia 1986 Mexico, detik yang sentiasa berbekam di sanubari rakyat Argentina sebagai antara gol bersejarah dalam pertandingan itu.
Legenda Argentina itu tampil cemerlang apabila menjaringkan dua gol ketika membantu La Albiceleste mengalahkan England 2-1 di suku akhir, namun gol kedua kekal terus menjadi tumpuan dalam kalangan komuniti bola sepak sehingga ke hari ini.