Notis 28 hari sebelum Parlimen bersidang boleh diketepikan: Najib
Iklan
Najib
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak yang pernah mentadbir negara perlu memahami proses Parlimen bahawa peraturan memberi notis 28 hari sebelum Parlimen memulakan persidangan boleh diketepikan di bawah Peraturan Mesyuarat 9(2)(a).
Beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa berkata, perkara itu juga tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan tidak mahu menggunakan peraturan mesyuarat sedia ada untuk mengetepikan tempoh minima notis 28 hari.
Iklan
Iklan
Najib bagaimanapun turut mempersoalkan adakah kerajaan tidak pernah mendengar frasa sesi Parlimen tergempar.
"Tidak kira kerajaan mempunyai kuasa penuh darurat atau tidak, jika sesebuah kerajaan tidak mampu mengatasi segala isu perundangan dan peraturan yang ditetapkan sendiri bagi menurut titah Majlis Raja-Raja untuk menghadapi keadaan amat kritikal pada rakyat, jangan harap hendak menyelesaikan masalah rakyat atau mentadbir negara dengan baik,” katanya.
Iklan
UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan dikeluarkan parti itu pada Isnin.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kemudian berkata, pihak yang pernah mentadbir negara sepatutnya memahami proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen.
Iklan
Mengulas lanjut, Najib turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh mengetepikan notis 28 hari untuk bersidang sedangkan seperti di dalam Ordinan Darurat mereka boleh mengambil alih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan serta menggantung Akta Kewangan untuk membenarkan perbelanjaan sesuka hati.
"Nak tipu siapa? Nak gaduh tentang isu minimum 14 ke 28 hari pun tidak berbaloi.
"Sebab persoalan utama bukan isu tempoh 14 atau 28 hari tetapi adakah kamu sudah hantar notis atau belum?,” soalnya.
ARTIKEL BERKAITAN 'UMNO beri kerajaan tempoh 14 hari buka Parlimen'
Tindakan mencantumkan logo UMNO dan DAP disifatkan sebagai manifestasi akar umbi yang menolak kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham menegaskan, keadaan itu merupakan perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat.
Walau bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu tetap menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662121/berita/politik/cantum-logo-umno-dap-itu-manifestasi-akar-umbi-umno-dakwa-pemuda-pn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com