Satu bilion penduduk China sudah divaksin

Iklan
China menetapkan sasaran 40 peratus populasi daripada hampir 1.4 bilion penduduk menerima dos suntikan penuh menjelang akhir bulan ini. - Foto: AFP

BEIJING - Jumlah suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan di China telah melepasi satu bilion atau lebih satu pertiga daripada angka keseluruhan imunisasi global.

Pengumuman dibuat Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) pada Ahad itu dibuat selepas jumlah suntikan global melepasi 2.5 juta pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Ia bagaimanapun tidak menyatakan peratusan populasi yang sudah divaksin di bawah kempen inokulasi di seluruh negara.

Difahamkan, pihak berkuasa menetapkan sasaran 40 peratus populasi daripada hampir 1.4 bilion penduduk menerima dos suntikan penuh menjelang akhir bulan ini.

Iklan

Beberapa wilayah turut menawarkan vaksin secara percuma malah penduduk di tengah wilayah Anhui diberikan telur secara percuma dan komuniti di Beijing menerima kupon beli-belah untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan imunisasi.

Ketika ini, negara itu meluluskan empat vaksin termasuk Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk digunakan di bawah program vaksinasi seluruh negara.

Iklan

Pada April lalu, agensi berita Xinhua melaporkan Beijing menjangkakan untuk menghasilkan lebih tiga bilion vaksin Covid-19 pada tahun ini. - AFP