Indonesia catat kes Covid-19 harian tertinggi sejak Januari
Iklan
JAKARTA - Indonesia pada Jumaat mencatatkan 12,990 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menandakan lonjakan harian tertinggi sejak akhir Januari dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,963,266 kes, lapor Agensi Berita Xinhua.
Angka kematian berkaitan Covid-19 bertambah 290 kepada 54,043, lapor Kementerian Kesihatan.