Pemandu lori maut dipanah petir
Iklan
Gambar tular memaparkan mangsa ditemui terbaring di tepi lori di kawasan kuari batu bata di Rawang pada Isnin.
GOMBAK - Seorang pemandu lori maut disyaki dipanah petir di kawasan kuari batu bata di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar) Rawang di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.05 petang yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Iklan
Iklan
"Sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ke lokasi kejadian.
"Pihak ambulans dari Hospital Selayang turut tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Zainal Mohamed berkata, mangsa berusia 27 tahun pergi ke kawasan kuari tersebut ketika hujan lebat.
"Mangsa meletakan kenderaannya lebih kurang 50 meter dari tempat muatan batu bata. Dia kemudian telah keluar dan berdiri di tepi lori untuk mengikat kanvas muatan batu bata.
Iklan
"Lelaki itu kemudian ditemui terbaring di tepi kenderaan berkenaan. Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah.
"Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undang"><meta itemprop="description" content="Kes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undang
Peguam kepada remaja yang didakwa membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak wajar berhubung kes berkenaan.
Mohd Azlan Shah Mohd Allias berkata, pihak keluarga tertuduh tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau hantaran dalam mana-mana media sosial.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800542/berita/semasa/kes-bunuh-irene-sofiya-sebar-kenyataan-palsu-keluarga-suspek-sedia-ambil-tindakan-undang-undang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #IreneSofiya #keluarhatertuduh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T05:07:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P69S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnkeua"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnkeua"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnkeua"></script>