Jangan halang pendidikan anak bukan warganegara
Iklan
Adly (tengah) ketika sesi hari bertemu rakyat di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh.
MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan berusaha memastikan proses kemasukan pelajar berstatus bukan warganegara diperhalusi dan dipermudahkan supaya mereka mendapat hak bersekolah.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, aduan kesukaran mendaftarkan sekolah bagi golongan berkenaan sering diterima terutama ketika program Hari Bertemu Rakyat dan perlu diberi perhatian.
Iklan
Iklan
Adly berkata, jika tidak diselesaikan segera isu tersebut bakal mengundang dua masalah lain iaitu mereka tidak bersekolah dan tidak memiliki warganegara.
Menurutnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan negeri supaya isu terbabit dipanjangkan ke Kementerian Pendidikan agar proses dokumentasi tidak menghalang untuk pelajar bukan warganegara mendapat peluang pendidikan seperti anak-anak lain.
Iklan
"Kita terima banyak kes masalah untuk bersekolah disebabkan dasar dan peraturan pendidikan tertentu. Kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan berhubung isu ini.
"Sedia maklum proses permohonan status warganegara mengambil masa panjang dan perbincangan akan dibuat supaya kita dapat lebih memperkemas dan menambah baik peraturan bagi membolehkan anak-anak bukan warganegara Malaysia atau tidak memiliki status warganegara bersekolah," katanya di Dewan Seri Bendahara di Ayer Keroh di sini, semalam.
Iklan
Adly yang juga Adun Bukit Katil berkata, selain itu Melaka bakal mempunyai sebuah lagu hari raya sendiri apabila seorang anak jati Melaka berbangsa tionghua menggubah sebuah lagu berserta lirik bagi memeriahkan suasana Aidilfitiri tahun ini.
"Saya tertarik dengan lagu itu dan mengalu-alukannya, kita akan tambah baik dari segi gubahan lagu. Mungkin kali ini kita akan mempunyai lagu raya sendiri iaitu lagu dari rakyat kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu Adly menerima 51 aduan rakyat termasuk kebenaran lesen menjaja, penganjuran bazar Ramadan, permohonan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sokongan pekerjaan dan lain-lain lagi.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.