Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.
Baginda yang memakai baju Melayu dan bersampin berwarna hijau, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman serta barisan pimpinan Exco kerajaan Pahang.