Siasat DAP segera

Iklan
Abdul Aziz

IPOH - Pihak berkuasa digesa untuk menyegerakan siasatan berhubung beberapa laporan polis terhadap parti berkenaan yang didakwa menerima dana asing.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Semua orang tahu sumber dan dana DAP. Jadi, itu hanya rekod atau CD (cakera padat) lama UMNO dan Pas.

"Oleh itu, kita gesa polis untuk siasat cepat laporan polis itu kerana DAP telus dan tiada apa benda yang nak disembunyikan," katanya pada sidang media petang tadi.

Iklan

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas laporan polis yang dibuat Pas baru-baru ini agar siasatan dibuat terhadap DAP yang didakwa menerima dana asing.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, laporan polis berkenaan dilihat seperti mahu mengalihkan isu dana 1MDB yang dikatakan diterima oleh Pas daripada BN untuk kempen pilihan raya.

Iklan

"Dia sibuk nak cuba alih isu 1MDB yang diterima Pas. DAP tak ada benda nak disembunyikan.

"Jadi, kita gesa polis percepatkan siasatan terhadap perkara ini," katanya.