Rancang jadikan Kuala Pilah Agropolis
Iklan
Kok Seong (duduk) berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan pada majlis itu.
KUALA PILAH - Kerajaan negeri merancang meletakkan daerah ini sebagai kawasan yang akan dibangunkan di bawah kluster Pembangunan Agropolis.
Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, ia akan dicorakkan melalui penyediaan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang telah diwartakan pada 15 Mac 2018.
Iklan
Iklan
"Agropolis merupakan konsep pembangunan yang menerapkan elemen perbandaran ke sebuah penempatan desa dan dibangunkan sebagai bandar pertanian yang menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.
"Pembangunan Agropolis adalah terdiri daripada 30 peratus perbandaran dan selebihnya merupakan kawasan pertanian, hutan simpan kekal dan badan air,” katanya selepas merasmikan Program Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035, di sini, semalam.
Iklan
Katanya, rancangan tersebut mampu menjadikan Kuala Pilah sebagai hub lembah makanan dan pengeluar sumber makanan utama kepada Lembah Klang.
"Usaha ini mampu jadikan daerah ini sebagai pusat kecemerlangan pengeluaran dan pemprosesan makanan berasaskan teknologi bio.
Iklan
"Selain itu, ia juga mampu melaksanakan penyelidikan dan pembangunan pertanian melalui kerjasama institut pengajian tinggi dan sektor swasta,” katanya.
Kok Seong berkata, Kuala Pilah juga merupakan destinasi yang unik mampu menarik kedatangan pelancong.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>