Laman berita, kerajaan kembali beroperasi

Iklan
Laman yang terjejas kebanyakannya agensi berita memaparkan mesej tersebut ketika ia tidak dapat diakses pada Selasa. - Foto: Agensi

PARIS - Beberapa rangkaian media, laman sosial dan kerajaan termasuk Rumah Putih, United Kingdom (UK) serta laman diskusi dan himpunan berita sosial, Reddit berdepan gangguan sementara pada Selasa kerana masalah pada perkhidmatan pengkomputeran awan Fastly.

Menurut Fastly, masalah tersebut telah dikenal pasti dan dibaik pulih dengan segera.

Iklan
Iklan

"Para pelanggan mungkin mengalami peningkatan muatan asal ketika perkhidmatan global kembali seperti biasa," ujar jurucakapnya menerusi Twitter yang kemudiannya mengesahkan rangkaian global telah pulih tidak lama selepas itu.

Sementara itu, pakar memaklumkan ia percaya insiden itu tiada kaitan dengan 'serangan siber pihak luar'.

Iklan

Ketika gangguan itu berlaku, mesej 'Error 503 Service Unavailable' dan 'connection failure' dipaparkan pada laman berita CNN, The Financial Times, The Guardian, portal akhbar Le Monde di Perancis, Corriere delle Serra di Itali dan El Mundo di Sepanyol.

Selain itu, laman BBC dan New York Times serta laman TV2.dk di Denmark juga tidak dapat diakses sebelum ia kembali beroperasi seperti biasa.

Iklan

Difahamkan, Fastly berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat menyediakan rangkaian yang membantu laman web mempercepatkan masa memuat dan menyampaikan kandungan mereka kepada pengguna.

Perkhidmatan tersebut digunakan oleh laman paling banyak dilawati dengan kandungan audiovisual seperti laman media. - AFP