Terima kasih polis bantuan HKL!

Iklan
Zulkarnain ditemui dalam keadaan selamat oleh polis bantuan Hospital Kuala Lumpur

KUALA TERENGGANU -"Alhamdulillah, abang saya dah dijumpai. Terima kasih kepada polis bantuan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang banyak membantu sehingga dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.”

Itu luahan gembira Nurul Jannah Abd Rahman, 35, setelah abangnya, Mohd Zulkarnain Abd Rahman, 40, yang dilaporkan hilang sejak 10 Februari lalu, dijumpai dalam keadaan selamat pada Ahad lepas.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kehilangan lelaki kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran selepas meninggalkan rumah pada 10 Februari lalu pada jam 7.40 pagi untuk membuang sampah.

Adik cari abang hilang