PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli meraih sembilan mata selepas menamatkan saingan Grand Prix (GP) Qatar di tempat ketujuh dalam perlumbaan Moto3 di Litar Antarabangsa Lusail, sebentar tadi.
Mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Hakim Danish merekodkan masa 2 minit 6.436 saat (s) selepas melengkapkan 16 pusingan perlumbaan.
Iklan
Iklan
Keputusan itu menyaksikan pelumba berusia 19 tahun berkenaan ketinggalan 7.315s di belakang pemenang, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP.
Almansa mengungguli perlumbaan, manakala Adrian Fernandez (Leopard Racing) menduduki tempat kedua dengan jurang 2.516s.
Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) melengkapkan kelompok tiga terbaik, diikuti Veda Pratama (Honda Team Asia) di tempat keempat.
Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) dan Joel Kelso (GRYD Racing) masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan keenam.
Artikel Berkaitan