Lelaki persoal peruntukan RM70 juta JKJAV ditahan
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang jurujual peralatan komputer di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu susulan ciapan di Twitter yang dipercayai dimuat naiknya mengenai peruntukan kerajaan membangunkan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman pada jam 12.05 tengah malam.
Iklan
Iklan
"Penahanan pemilik akaun Twitter Abah@chairmanGLC itu hasil maklumat yang diterima polis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Polis telah merampas satu telefon bimbit, router dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata, suspek kemudian telah direman satu hari untuk siasatan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.
Katanya, jika disabitkan salah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya.
Iklan
Jelasnya, PDRM mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam membuat atau berkongsi sebarang bentuk penerbitan atau perkongsian yang mengandungi berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran orang ramai berhubung langkah kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
"Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara," katanya.
Ujarnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, R Dinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665068/berita/semasa/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah-langgar-atlet-kayak-kebangsaan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com