GENTING GAZA - Gerakan Hamas pada Isnin bersedia untuk menyertai rundingan segera berhubung perjanjian pertukaran tahanan susulan konflik terbaru Israel-Palestin yang tercetus pada bulan lalu dan meragut 254 nyawa penduduk Palestin.
"Ia adalah masa yang sesuai untuk berunding secara tidak langsung tentang perkara tersebut,” kata Ketua Sayap Politik di Genting Gaza, Yahya Sinwar selepas kunjungan Ketua Risikan Mesir, Abbas Kamel yang cuba untuk melaksanakan gencatan senjata kekal antara rejim Tel Aviv dan Hamas selepas ia berkuat kuasa pada 21 Mei lalu.