AKSem rampas 430kg daun ketum
Iklan
PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (AKSem) Padang Besar menahan dua lelaki yang cuba menyeludup 430kg daun ketum bernilai RM12,900 ke negara jiran di sini, semalam.
Komander AKSem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 40 tahun ditahan pasukan risik agensi itu yang membuat intipan ketika hujan di belakang pejabat Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia MAQIS Padang Besar jam 6.20 petang.