KUALA LUMPUR - Pasukan Respons Pantas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menegaskan berita tular di media sosial berhubung kematian seorang pemuda berbangsa Cina akibat Covid-19 adalah palsu.
Dalam kenyataan malam ini, pasukan itu berkata, Pengarah Kesihatan Pahang menafikan kesahihan mesej yang mendakwa mangsa yang tinggal di Taman Tas, Kuantan meninggal dunia akibat jangkitan itu.