ASNB rai pemenang kempen Jom Auto Labur

Iklan
Syahrina Azura memenangi tempat pertama kempen Jom Auto Labur dan membawa pulang kereta Proton Saga 1.3L Premium AT.

SHAH ALAM - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) meraikan pemenang kempen Jom Auto Labur bagi tahun 2020 pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, kempen tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM84,250 termasuk hadiah utama sebuah kereta Proton Saga 1.3L Premium AT, sebuah motosikal Yamaha Y15R, sebuah telefon bimbit iPhone 12 Pro dan unit-unit amanah kepada pemenang bulanan.