Polis siasat dakwaan menteri lalu SJR tanpa surat kebenaran
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, PDRM akan memanggil semua pihak yang berkaitan untuk diambil keterangan, berhubung isu berkenaan.