Vivo lancar V21 5G Edisi Eksklusif

Iklan
V21 5G Edisi Eksklusif.

SHAH ALAM- Vivo Malaysia melancarkan V21 5G Edisi Eksklusif di Malaysia dengan menawarkan teknologi 5G terbaharu dan gaya sofistikated serta kemampuan ‘super night vision’ kamera hadapan yang merupakan ciri peneraju dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, dengan kelengkapan fungsi penyuntingan video antigegaran OIS+EIS depan dan belakang serta pelbagai ciri rumah pintar, V21 5G Edisi Eksklusif telah menjadi salah satu telefon bimbit paling kos efektif dan berpatutan dalam era 5G.

Iklan
Iklan

"Vivo komited untuk memberikan pengalaman mudah alih terbaik kepada pengguna serta menawarkan produk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.

"Dengan memanfaatkan inovasi Vivo dalam 5G, pengguna boleh mendapat faedah daripada telefon pintar dengan ciri masa hadapan dan pelbagai ciri hebat lain yang siap tersedia dalam satu reka bentuk menawan dan ultra nipis,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, Vivo Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan Fashionably KL yang menyaksikan jenama telefon pintar tersebut bekerjasama rapat dengan empat label fesyen tempatan untuk menghasilkan barangan jenama bersama edisi terhad diilhamkan daripada Siri V21.

Xu berkata, V21 5G Edisi Eksklusif dilengkapi dengan 64MP kamera belakang beserta penstabilan imej optik (OIS) tercanggih dalam industri yang mampu mengendalikan fotografi kompleks atau makro dengan mudah, manakala fungsi resolusi tinggi memberi lebih kebebasan dalam memotong dan menyusun semula gambar semasa pasca penyiaran.

Iklan

"Dikuasakan oleh penanda aras Antutu yang tinggi bagi pemproses MTK Dimensity 800U, telefon pintar varian 5G ini juga dilengkapi dengan koleksi ciri rumah pintar seperti Jovi Home dan pelbagai aplikasi kesejahteraan kendiri direka untuk memenuhi segala aspek dalam gaya hidup pintar pengguna.

"V21 5G Edisi Eksklusif juga dilengkapi dengan 256GB ROM menawarkan storan lebih besar untuk menyimpan lebih banyak aplikasi dan gambar swafoto,” katanya.

Beliau berkata, dilengkapi dengan bateri 4000mAh (TYP), teknologi FlashCharge 33W membolehkan pengguna membuat pengecasan dalam masa singkat dan kekal aktif.

"V21 5G Edisi Eksklusif menampilkan reka bentuk menawan dan minimalis dengan ukuran rangka senipis 7.29 milimeter (mm) serta diserikan dengan ciri utama Vivo Dual Tone Step Design untuk menjadikan kamera belakang lebih ringan dan kemas,” katanya.

Xu berkata, Vivo V21 5G Edisi Eksklusif kini tersedia untuk pembelian di semua kedai konsep Vivo, pengedar sah Vivo dan E-store Vivo serta kedai rasmi Vivo di Shopee dan Lazada.

"V21 5G Edisi Eksklusif ini ditawarkan pada harga RM1,899. Mulai sekarang hingga 13 Jun ini, pelanggan yang membeli peranti Vivo V21 5G Edisi Eksklusif daripada mana-mana kedai konsep Vivo akan layak menerima hadiah eksklusif dengan nilai keseluruhan berjumlah RM658.

"Pelanggan yang membeli dari E-kedai rasmi Vivo Malaysia atau kedai rasmi di Shopee dan Lazada pula layak menerima hadiah eksklusif dengan nilai keseluruhan masing-masing berjumlah RM647 dan RM548," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V21 5G Edisi Eksklusif yang baharu, layari laman web rasmi, Facebook dan Instagram Vivo Malaysia.