Ivermectin alternatif rawat pesakit Covid-19

Iklan
Dr Mustafa Ali Mohd

SHAH ALAM - Pengarah Perubatan, Universiti MAHSA, Profesor Dr Mustafa Ali Mohd menyarankan supaya kerajaan menggunakan ubat Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, ubat tersebut terbukti berkesan apabila sekumpulan penyelidik di Australia telah mengkaji dan berjaya memulihkan ramai pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

"Saya ingin beri pandangan dan cadangan kerana keadaan kini telah kritikal dan kita masih terkial-kial mencari jawapan. Sedangkan, kita ada alternatif dengan menggunakan ubat Ivermectin.

"Ia bukan vaksin Covid-19. Ini adalah ubat cacing. Pada April tahun lalu, lebih daripada 50 ujian klinikal dijalankan di serata dunia yang menunjukkan keberkesanannya.

Iklan

"Kajian ini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam program Wacana Sinar edisi ke-260 yang bertajuk, Covid-19: Malaysia di Ambang Kritikal yang disiarkan di platform Sinar Harian.

Iklan

Turut menjadi panel adalah Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar dan Profesor Ekonomi dan Polisi Kesihatan, Universiti Kuwait, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Dr Mustafa berkata, ubat tersebut juga telah digunakan di beberapa negara di dunia dan boleh digunakan secara selamat.

Setakat ini, sebanyak 3.7 bilion dos suntikan telah diberikan kepada pengguna dan tiada sebarang kesan sampingan serius.

"Ubat ini antara alternatif ubat-ubatan yang selamat di dunia. Ia telah digunakan lebih daripada 30 tahun.

"Kita boleh bergantung kepada apa yang ada. Namun, ia tidak memberi apa-apa harapan yang cerah pada masa depan. Kita perlu alternatif lain seperti Ivermectin. Harganya hanya AS$ 0.02 (RM0.83 sen) sahaja untuk setiap satu dos.

"Kenapa kita keberatan hendak menggunakannya? Jika terlebih dos atau sebagainya pun ia tidak memberi implikasi besar kepada pengguna,” ujarnya.