Kualiti aplikasi MySejahtera dipersoal
Iklan
Hantaran Lip Eng menerusi Facebook beliau pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan kualiti sistem MySejahtera berikutan aduan orang ramai berhubung masalah penggunaan aplikasi berkenaan.
Lip Eng berkata, antara masalah dihadapi pengguna ialah tarikh dan lokasi janji temu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang sering bertukar, notifikasi janji temu lewat dan latar belakang pengguna berubah sehingga mengelirukan orang ramai.
Iklan
Iklan
Turut dipersoal beliau ialah mengenai kos membangunkan aplikasi tersebut yang tidak didedahkan kepada umum, walhal ia merupakan informasi penting untuk diketahui orang ramai.
"Mengapa aplikasi ini sering mengalami gangguan. Adakah pembikinan aplikasi dilakukan secara ala kadar sahaja?
Iklan
"Bagaimana perkara sebegini terjadi dan mengapa kos pembikinan aplikasi MySejahtera tidak didedahkan kepada umum?” soal beliau menerusi laman Facebook beliau pada Khamis.
Lip Eng berkata, ramai yang meminta bantuan pihaknya untuk memeriksa status janji temu vaksinasi mereka terutama warga emas yang kurang arif berhubung teknologi maklumat (IT).
Iklan
Katanya, pihaknya akan membantu untuk mencetak maklumat janji temu sebagai rujukan tetapi timbul kekeliruan apabila masalah sistem seperti pertukaran tarikh dan lokasi berlaku.
"Orang ramai terutama warga emas sering kali meminta bantuan pihak saya untuk memeriksa status janji temu mereka. Adakalanya kami mencetakkan terus maklumat janji temu tersebut.
"Apabila masalah seperti ini sering berlaku (pertukaran tarikh), mereka jadi keliru. Jadi bagaimana mereka hendak divaksin?,” kata beliau.
Dalam hantaran sama, beliau turut menyentuh mengenai masalah gangguan yang dihadapi orang ramai ketika mahu mendaftar mendapatkan tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada Rabu.
Beliau menggesa kerajaan untuk mengambil serius masalah berkenaan.
"Menurut laporan berita tempatan, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM70 juta untuk mendirikan laman web tersebut. Dengan jumlah yang begitu besar, laman web itu sepatutnya berfungsi dengan lancar tetapi perkara sebaliknya berlaku menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati.
"Kita perlu merancakkan lagi program vaksinasi negara. Jika kita ingin capai imunisasi kelompok, kerajaan perlu ambil serius perkara ini. Dalam kadar vaksinasi sekarang, mungkin lima tahun lagi barulah kita mampu untuk capai imunisasi kelompok.” ujar beliau.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.