LABUAN - Polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun pada Isnin kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan dan dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lepas.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, lelaki itu ditahan pada jam 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular dalam media sosial.