KANGAR - Polis akan melakukan pemantauan secara rawak di taman-taman perumahan dan kawasan perkampungan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, sebanyak sepuluh pegawai dan 58 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan rondaan di sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Simpang Empat.