KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan ketetapan baharu bagi bilangan jemaah solat fardu, solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan aktiviti keagamaan di masjid serta surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang berkuat kuasa mulai Rabu.
Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan tersebut dibuat susulan pengumuman terkini oleh pihak kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.