China galak agihan vaksin secara adil
Iklan
BEIJING - China akan terus berusaha untuk menggalakkan pengagihan vaksin secara adil di negara membangun dan menyumbang kepada usaha pembendungan wabak, kata jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying di sini pada Isnin.
Menurut Hua, merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebresyesus baru-baru ini, vaksin Covid-19 dibangunkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) mempunyai bukti yang mencukupi dalam aspek keselamatan dan keberkesannya.