UMNO tak akan mati:Mohd Puad
Iklan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
JOHOR BAHRU - UMNO tidak akan mati, sebaliknya akan terus kekal hidup dan disokong rakyat jika majoriti ahli serta pemimpinnya istiqamah dengan perjuangan parti itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, hayat UMNO bergantung kepada perjuangannya dan beliau percaya jika perjuangan itu masih wujud, UMNO akan terus kekal relevan.
Iklan
Iklan
"Hari ini (Selasa) UMNO menyambut jubli intan kerana genap berusia 75 tahun, satu usia yang panjang. Tun M (Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad) lebih tua daripada UMNO.
"Apa pun, manusia tidak kira muda atau tua dia akan mati jika ajalnya sampai. Dia akan masuk kubur dan ditalkinkan. (Tapi) UMNO tidak akan mati kerana faktor lain. Buatlah apa sahaja, perjuangannya adalah nyawanya.
Iklan
"Kalau yang berjuang jadi minoriti, UMNO akan mati. Sebab itu apabila UMNO diharamkan, ia tidak mati. Apabila UMNO terbelah dua (team A dan team B), UMNO tidak mati. Hatta bila UMNO hilang kuasa, ia juga tidak mati,” katanya dalam satu kenyataan di facebook rasminya pada Selasa.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata, berbanding parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berpecah apabila dalam tempoh 22 bulan, serpihannya membentuk parti Pejuang.
Iklan
"Bersatu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hilang kuasa di Johor, Melaka, Perak dan Kedah dan hanya bergantung kepada kuasa di peringkat pusat, malah parti serpihan UMNO itu juga tidak sempat membina ‘akar umbi’.
"Ia bukan parti yang lahir kerana perjuangan, sebab itu Bersatu ‘tadah’ katak yang melompat masuk,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>