KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri itu membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari bermula solat Subuh pada Selasa.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bacaan doa Qunut Nazilah itu bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin susulan tindakan pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi di Masjid al-Aqsa pada Jumaat.